Kedai makan harga ‘kayangan’ kena serbu KPDN

Penguatkuasa Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu kedai di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak, yang tular di media sosial kerana menjual makanan laut dengan harga melampau pada Ahad.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata pihaknya membuat serbuan setelah mengesan hantaran yang tular di TikTok dan Facebook itu bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

“Hasil makluat daripada Ops Samar mendapati premis berkenaan tidak meletakkan tanda harga makanan hasil laut yang belum dimasak serta didapati tidak menggunakan alat timbangan dalam urusan penjualan.

“Premis terbabit hanya meletakkan harga pada hari serbuan sahaja.

“Setelah membuat perbincangan dan perbandingan harga, didapati bahawa premis berkenaan mengenakan harga yang jauh lebih tinggi berbanding premis-premis lain di sini,” katanya lapor Berita Harian.

Tindakan keatas kes turut diambil kerana peniaga melanggar melanggar Seksyen 140(3)(a)(b) Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu gagal meletakkan butiran nama dan alamat perniagaan serta tarikh pembelian dalam resit yang dikeluarkan kepada pengguna.

Siasatan lanjut juga akan dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP) 2011.

Jika disabitkan kesalahan, peniaga terbabit boleh dikenakan penalti RM500,000.

Beliau turut mengingatkan peniaga di kawasan bebas cukai itu untuk bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat