Kelantan kerjasama dengan pusat tangani banjir

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Kerajaan pusat bersama kerajaan negeri Kelantan sepakat mengambil langkah strategik bagi bersiap sedia menghadapi bencana banjir.

Anwar berkata ia perlu dilakukan segera demi kemaslahatan rakyat.

“Hari ini saya menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud di Perdana Putra, dan kami bicarakan usaha menambah baik kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Antara yang dibincangkan termasuk perkembangan projek tebatan banjir, pembangunan di sempadan serta projek infrastruktur seperti penjajaran jalan dan pengurusan air.

“Saya titipkan pesanan agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat perlu terus menjadi keutamaan dan diuruskan sebaiknya,” ujarnya di Facebook pada Isnin.

Pada 19 Februari lalu, media tempatan melaporkan, jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri iaitu Pahang dan Negeri Sembilan yang dilanda bencana itu, meningkat.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Karak Setia, Bentong, iaitu terdiri daripada 78 individu dewasa, 38 kanak-kanak dan lima bayi.

Pada hari yang sama, mangsa banjir di Jelebu Negeri Sembilan pula meningkat 110 orang daripada 27 keluarga, berbanding 51 mangsa daripada 11 keluarga.

Anda Mungkin Berminat