Kelibat Jurulatih Badminton Vietnam melatih Pemain Perseorangan Professional Negara, Goh Jin Wei ketika sesi latihan pada Jumaat, menjadi persoalan.
Dalam satu temubual bersama Astro Arena, sesi latihan pemain berusia 24 tahun itu menjadi sorotan ramai apabila beliau berlatih bersama Jurulatih Badminton dari Vietnam bagi mempersiapkan diri menjelang aksi pembukaan di Olimpik Paris 2024.
Rata-rata peminat badminton tanah air mempersoalkan perkara tersebut dengan menyatakan dimanakah pasukan bantuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika itu?
Bantuan yang sebelum ini dijanjikan menjadi persoalan selepas bantuan daripada pihak terbabit tidak dapat dilihat menerusi mata kasar.
Sementara itu, dalam temubual berkenaan anak kelahiran Bukit Mertajam, Penang itu turut mengungkapkan keterujaannya beraksi buat kali pertama di pentas temasya tersebut.
“Saya berasa sangat teruja dan tidak sabar nak memulakan perlawanan saya tidak lama lagi,” katanya.
Jin Wei dijadualkan menentang lawan dari Afrika Selatan, Johanita Scholtz pada 29 Julai ini bagi aksi kelayakan kumpulan H yang turut terdiri daripada pemain dari Korea Selatan , Kim Go Eun.
Pemain yang mengungguli kedudukan dalam kumpulan H bakal melayakkan diri ke pusingan ke-16, peringkat kalah mati.
Baca juga: