Kehadiran bulan suci Ramadan sudah tentu membuatkan golongan mukmin tidak mahu melepaskan peluang untuk meningkatkatkan amal ibadah masing-masing.
Selain melibatkan ibadah, memberi ucapan kepada satu sama lain dengan tujuan untuk mengimarahkan bulan mulia itu.
Antara ucapan yang sering dituturkan adalah “Ramadan Al-Kareem” dan “Ramadan Al-Mubarak”, namun timbul kekeliruan antara penggunaan kedua-dua ucapan tersebut.
Justeru, berikut penjelasan mengenai perbezaan antara penggunaan kedua-dua kalimah itu dalam menyampaikan ucapan sempena Ramadan.
Maksud Ramadan Kareem
Dalam bahasa Arab, Kareem (Karim) membawa maksud murah hati dan ia juga merupakan salah satu daripada 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna), Al-Karim.
Al-Karim membawa maksud Maha Pemurah, dimaksudkan Allah merupakan zat yang memiliki kebaikan dan pemberi nikmat tidak kira saat diminta ataupun tidak.
Secara harfiahnya, Ramadan Kareem membawa maksud ‘Ramadan bermurah hati’, dan sekiranya digunakan dalam ucapan, ia umpama mengucapkan ‘semoga bulan Ramadan bermurah hati kepada kamu’.
Namun, ada yang mengatakan bahawa mengucapkan Ramadan Kareem tidak tepat kerana hanya Allah yang patut disebut sebagai murah hati dan bukannya bulan Ramadan tersebut.
Maksud Ramadan Mubarak
Mubarak bermaksud beroleh berkat atau kebahagiaan.
Sekiranya ucapan ‘Ramadan Mubarak’ digunakan, ia membawa maksud Ramadan yang diberkati atau Ramadan yang membahagiakan.
Dalam erti kata lain, ucapan ini seolah mendoakan supaya Ramadan seseorang it diberkati dari segi amalannya dan secara keseluruhan.
Kesimpulannya, kedua-dua Ramadan Kareem dan Ramadan Mubarak membawa maksud yang berbeza namun memberi makna yang baik.
Tiada ucapan khusus yang sepatutnya digunakan khas untuk menyambut Ramadan dan umat Islam boleh membuat apa-apa sahaja ucapan Ramadan kepada yang lain selagi ucapan tersebut tidak membawa makna yang batil walaupun selain Ramadan Karim atau Ramadan Mubarak.
Baca juga: