Keluarga Wan Ahmad Faris serah memorandum kepada Kerajaan Kelantan

KOTA BHARU: Ibu bapa kepada Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman menyerahkan memorandum kepada kerajaan Kelantan untuk menuntut penjelasan dan kerjasama mengenai kematian anak mereka kira-kira 12 tahun lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, penyerahan memorandum itu dibuat bagi mendapatkan komitmen kerajaan negeri itu bagi memberi penjelasan memandangkan pelajar tahfiz itu ditemui meninggal dunia di tandas sebuah asrama sebuah sekolah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Katanya, antara yang dituntut termasuklah meminta penjelasan berhubung perobohan tandas asrama sekitar dua hingga tiga minggu selepas penemuan jenazah Wan Faris di lokasi itu dan rekod keluar masuk pelajar.

“Selain itu, ketiadaan siasatan terhadap insiden pergaduhan sebelum penemuan jasad mangsa serta keraguan berhubung kehilangan barangan peribadi termasuk kad SIM telefon bimbit mangsa,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Ibu bapa Wan Faris, Ruhani Hussin, 70, dan Wan Abdul Rahman Wan Yaacob, 79, juga hadir menyerahkan memorandum itu kepada wakil kerajaan negeri iaitu pegawai khas kepada Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Kelantan, Anas Rizuan Shamsuddin.

Tengku Shazuan juga berkata keluarga Wan Faris masih mempertimbangkan untuk memfailkan saman sivil terhadap kerajaan Kelantan selepas tindakan itu dibuat terhadap kerajaan persekutuan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat