Pemain regu campuran badminton negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terpaksa akur setelah ditunjuk jalan keluar oleh gandingan dari Korea Selatan Seo Sung Jae-Chae Yu Jung pada peringkat suku akhir Kejohanan Badminton KFF Terbuka Singapura 2024 pada Jumaat.
Kejohanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura itu menyaksikan regu negara tewas mudah di tangan pasangan pilihan keempat kejohanan itu dengan 21-14 pada set pertama.
Set kedua, mereka bertindak garang apabila meninggalkan lawan dengan mendahului 9 -14.
Namun kehilangan fokus mengakibatkan lawan mengejar mata bagi menyamakan kedudukan sekaligus menoktahkan kemenangan 21-18 selepas berjuang selama 42 minit.
Kekalahan tersebut menyumbang kepada kekalahan ketiga mereka menentang pasangan di ranking nombor empat dunia itu, setelah tewas pada aksi Korea Masters 2023, tahun lalu.

Dalam masa yang sama, pemain negara yang turut berada di ranking nombor sembilan dunia itu dijadualkan bertemu lawan yang sama pada Kejohanan Terbuka Indonesia 2024 yang akan berlangsung di Istora Gelora Bung Karno, pada 4 Jun ini.
Baca juga :