Kemelut politik Negeri Sembilan selesai cara baik

PETALING JAYA: Kemelut politik di Negeri Sembilan berjaya diurus dengan baik selepas perbincangan antara pimpinan UMNO dan Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung semalam.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, hasil pertemuan tersebut mengekalkan kerjasama antara parti berkenaan bagi memastikan kestabilan pentadbiran negeri terus terjamin.

Katanya, Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan akan terus berfungsi seperti biasa di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan kekal stabil dan pentadbiran berjalan seperti biasa di bawah kepimpinan Aminuddin.

“Sebarang isu berbangkit akan dirujuk kepada pimpinan utama parti komponen bagi memastikan penyelesaian dicapai secara bersama,” katanya pada sidang akhbar pada Rabu.

Menurutnya, Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan turut mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama politik di negeri itu demi menjamin kestabilan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat