Kementerian Komunikasi terbuka untuk membantu kerajaan negeri Melaka membangunkan Kampung Digital buat rakyat yang mempunyai masalah memperoleh alamat rumah di sana.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata program yang bermanfaat itu mempunyai potensi untuk dikembangkan ke seluruh negara sekiranya berjaya dilaksanakan di Melaka.
“Banyak yang kami bincangkan melalui pertemuan saya dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Jumaat, antaranya termasuklah Kampung Digital.
“Saya lihat Melaka agak ke hadapan dalam hal ini maka bagi saya ia merupakan satu program yang bagus untuk dimulakan di negeri tersebut,” katanya, lapor Bernama.
Fami turut menyatakan pelaksanaan inisiatif Kampung Digital ini merupakan satu langkah progresif dalam memodenkan komuniti kampung di negeri ini.
Ini terutamanya untuk mengatasi isu ketiadaan alamat rumah yang jelas dan berstruktur dalam kalangan komuniti kampung.
“Setiap premis di kampung akan diberikan kod QR yang mengandungi alamat rumah mereka yang hanay perlu diimbas menggunakan telefon pintar untuk mendapatkan maklumat di laman Portal Kampung Digital.
Selain alamat, pengguna juga boleh mengetahui nama mukin, nombor lot rumah, pautan lokasi rumah dan alamat lama rumah tersebut.
Baca juga: