Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melancarkan Kempen Team MAS bagi mewujudkan gerakan nasional bagi menyokong atlet negara yang bakal berentap di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil Kuala Lumpur pada Khamis.
Beliau berkata, kempen tersebut diharap akan menjadi sebagai tanda sokongan dan penyuntik semangat kepada atlet yang telah layak, agar mereka lebih berkeyakinan untuk berjuang di Paris dan seterusnya membawa pulang pingat emas pertama untuk negara.
“KBS menerusi Program Road To Gold (RTG) yang merupakan top-up program Podium sedia ada telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada atlet yang layak. Ini termasuklah kemudahan fasiliti, perkhidmatan sains sukan, perubatan, program bina diri, pendedahan kepada latihan dan kejohanan dalam dan luar negara.

“KBS turut menyeru semua rakyat Malaysia dan pemegang taruh untuk sama-sama menjayakan kempen ini sebagai tanda sokongan dan penyuntik semangat kepada semua atlet yang bertanding di Sukan
Olimpik Paris 2024,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.
Terdahulu, Seramai 33 atlet telah mengesahkan diri ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 setelah 18 atlet dan 13 atlet para berjaya melayakkan diri.
Kejohanan tersebut dijadualkan bakal berlangsung pada 26 Julai sehingga Ogos 2024.
Baca juga :