PETALING JAYA: Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh menyemak keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) yang akan diumumkan pada hari ini, 16 Jun 2025 (Isnin), pukul 12 tengah hari.
Keputusan boleh disemak sehingga 25 Jun 2025, pukul 5 petang melalui pelbagai saluran rasmi [jpt.uum.edu.my](https://jpt.utm.my jpt.ums.edu.my jpt.umt.edu.my atau aplikasi mudah alih, UPUPocket.
Bagi yang berjaya, pengesahan setuju terima tawaran perlu dibuat antara 17 hingga 25 Jun 2025, manakala surat tawaran rasmi hanya akan dikeluarkan selepas pengesahan dilakukan.
Bagi pemohon yang tidak berjaya atau hanya ditawarkan tempat di peringkat sijil, rayuan boleh dikemukakan dalam tempoh yang sama melalui UPUOnline, manakala rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT boleh dibuat terus ke institusi terlibat.








