Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Kerajaan akan terus memantau rapat terhadap beberapa pihak yang didakwa dengan berterusan menabur fitnah tanpa henti ke atas kerajaan madani dengan pelbagai siri dan cerita lapuk yang diulang-ulang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbuatan yang dilakukan itu menunjukkan betapa terdesaknya pihak-pihak terbabit mahu mempengaruhi minda masyarakat.
“Ini menunjukkan keterdesakan pihak-pihak ini untuk cuba mempengaruhi minda masyarakat serta kontangnya idea mereka dalam usaha membangun negara.
“Memanjangkan fitnah terutama di bulan Ramadan merupakan serendah-rendah akhlak dan ditegah keras oleh Islam,” katanya di dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri pada Rabu.
Kata Anwar, pemantauan secara rapat itu adalah untuk memastikan tidak akan ada apa-apa perkara yang boleh mengganggu gugat serta melemahkan semangat kerajannya dalam menjamin kesejahteraan pada negara dan rakyat.
Baca juga: