Kerajaan Bentang RUU Had Jawatan PM 10 Tahun

PETALING JAYA: Kerajaan MADANI bakal melaksanakan satu langkah reformasi penting apabila akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh seseorang memegang jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal penuh.

Usul itu dijadualkan dibawa ke Sidang Parlimen, Dewan Rakyat pada tahun ini sebagai sebahagian daripada agenda memperkukuh sistem demokrasi negara.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi perutusan tahun baharu 2026.

Beliau berkata, had tempoh jawatan Perdana Menteri hanyalah sebahagian daripada rangka kerja reformasi institusi yang lebih menyeluruh yang bertujuan meningkatkan ketelusan, akauntabiliti serta keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negara.

Selain itu, Anwar turut mengumumkan beberapa RUU lain yang akan dibentangkan pada tahun ini termasuk pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya, penubuhan Ombudsman serta pelaksanaan Akta Kebebasan Maklumat (FOI).

“Itu undang-undang baharu yang kita akan bentang di Parlimen pada tahun ini bermula sidang Januari depan,” katanya.

Anda Mungkin Berminat