Kerajaan beri peruntukan RM1 juta kepada NCCIM – PM

Kerajaan bersetuju memberikan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) sebagai penghargaan.

Perkara tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia adalah sebagai penghargaan kepada sumbangan yang telah diberikan dalam mebawa suara serta kepentingan perniagaan negara.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa Kerajaan amat mengalu-alukan cadangan-cadangan yang dikemukakan pihak swasta terutamanya Dewan-Dewan Perniagaan dalam rangka penyediaan Belanjawan 2025.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Gala Tahunan NCCIM ke-62 dengan menekankan peri penting kepentingan kerjasama erat antara Kerajaan dan komuniti perniagaan dalam memajukan negara.

“Tema Majlis Gala Tahunan NCCIM ke-62 bertemakan ”Menempa Masa Depan Yang Sejahtera dengan Nilai-nilai MADANI” adalah bertepatan dengan aspirasi Kerajaan MADANI.

“Selain itu, komuniti perniagaan memainkan peranan yang penting sebagai pendukung kepada Agenda Ekonomi MADANI dengan matlamat bagi mengubah Malaysia menjadi sebuah ekonomi asia yang terkemuka dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup untuk semua rakyat,” kata Anwar menerusi laman Facebooknya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat