Oleh: Shafira Aziz
PETALING JAYA: Sudah tiba masanya untuk berbincang secara terbuka dengan Kerajaan Negeri Kelantan bagi menilai semula pengharaman persembahan Mak Yong sejak 1991 atas alasan agama, kata Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing.
Beliau menyeru semua pihak memberi perhatian serius terhadap pemeliharaan Mak Yong yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara pada 2005.

“Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya merasa bertanggungjawab untuk memastikan warisan ini tidak lenyap begitu sahaja.
“Kita perlu mengimbangi pemeliharaan tradisi, termasuk kesesuaian terhadap kehendak zaman agar seni ini dapat terus dinikmati dan diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu, Kar Hing turut menegur cadangan di Terengganu yang hanya membenarkan perempuan belum baligh untuk membuat persembahan tarian tradisional kepada umum.
“Cadangan ini memperlihatkan ketidaksamaan gender dalam amalan budaya, yang bertentangan dengan prinsip kesaksamaan,” jelasnya.
Baca juga: