Kerajaan komited angkat martabat seni tempatan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Kerajaan Madani untuk terus menyokong anak seni tempatan dalam usaha melahirkan lebih banyak karya berkualiti dan bermutu tinggi.

Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama seniman tersohor, Datuk M Nasir di pejabat Perdana Menteri pada Jumaat.

“Dalam pertemuan ini, kami berbicara mengenai industri kreatif serta seni dan budaya tempatan. Saya juga menitipkan pesan agar beliau terus kekal kreatif dalam dunia muzik tanah air,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

M Nasir, 67, yang terkenal dengan karya berunsur intelektual dan ketuhanan, dianggap antara tokoh penting yang banyak menyumbang kepada perkembangan muzik serta pengukuhan identiti budaya dalam dunia hiburan negara.

Selain bergelar penyanyi dan komposer, beliau juga dikenali sebagai penulis lirik, pelakon dan pengarah seni yang berpengaruh dalam landskap seni kreatif Malaysia.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat