Kerajaan MADANI komited menguruskan golongan gelandangan di Kuala Lumpur dengan menubuhkan beberapa pusat khidmat gelandangan yang menyediakan perkhidmatan latihan berserta kelas kemahiran dan pekerjaan agar mereka kembali kepada masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, menyatakan perkhidmatan tersebut disasarkan kepada golongan gelandangan warganegara yang produktif, sihat mental dan tubuh badan agar mereka mulai mampu untuk menyara kehidupan sendiri.
“Pelbagai program jati diri, kerohanian dan kemahiran akan dilaksanakan di pusat transformasi gelandangan (anjung kelana).
“Pengurusan program ini merupakan hasil kerjasama rakan strategik, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), syarikat korporat, pelajar universiti dan NGO,” katanya melalui jawapan bertulis bagi menjawab soalan Fong Kui Lun mengenai cadangan memberi bantuan kepada gelandangan di Kuala Lumpur.
Beberapa pusat khidmat gelandangan yang ditubuhkan kerajaan termasuk Anjung Kembara Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (Anjung Kembara), Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku, Anjung Singgah dan Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit.
Dalam pada itu, kerajaan turut memantau pengurusan sumbangan dan pengangihan makanan atas kerjasama pihak Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Baca juga: