Kerajaan Madani berjaya imbang harga ayam dan telur tanpa mendadak

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Kerajaan Madani berjaya mengimbangkan harga ayam dan telur sehingga ia kekal stabil malah tiada kenaikan mendadak seperti yang dibimbangkan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan, Datuk Seri Muhammad Sabu berkata KPKM telah melaksanakan penstrukturan semula subsidi dengan satu tujuan utama iaitu pastikan wang rakyat digunakan dengan lebih berkesan dan sampai kepada yang benar-benar memerlukan.

“Hasilnya, negara berjaya mencatat penjimatan sekitar RM1.2 bilion setahun.

“Yang penting, harga ayam dan telur kekal stabil. Tiada kenaikan mendadak seperti yang dibimbangkan,” ujarnya menerusi kenyataan di laman Facebook pada Sabtu.

Muhammad menjelaskan penjimatan ini pula disalurkan semula kepada rakyat melalui program kesejahteraan, sokongan kos sara hidup dan langkah menstabilkan harga makanan.

Tegas beliau, subsidi bukan sekadar soal beri atau tarik namun ianya sebuah keadilan, kecekapan dan tanggungjawab.

“Kita mahu sistem yang mampan, boleh bantu rakyat hari ini tanpa membebankan negara untuk masa depan,” ujarnya.

Justeru katanya, KPKM akan terus memastikan bekalan makanan mencukupi, harga terkawal dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat