Kerajaan Madani komited baiki madrasah uzur demi jihad ilmu

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Semangat para pelajar tahfiz Madrasah Asyraful Madaris, Beserah, Kuantan disifatkan begitu tinggi walaupun terpaksa mengharungi pelbagai kekurangan, namun tidak dijadikan penghalang mereka dalam menimba ilmu.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Farhan Fauzi dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya bersama Timbalan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pahang bersama Tengku Datuk Nor Asmaliza Ku Lah telah menyantuni dan meninjau keadaan madrasah terbabit pada Khamis.

Farhan berkata, keadaan di madrasah itu amat memilukan dan menyentuh hatinya ketika memperlihatkan keadaan infrastruktur dan kemudahaan yang amat uzur dan sering mengalami kerosakan mendalam.

“Keadaannya cukup menyentuh hati, tandasnya uzur dan sering tersumbat, tempat ampaian yang agak sempit, manakala gelanggang futsal pula menunggu masa untuk dibaik pulih dan dipasang bumbung baharu,” katanya di laman Facebook rasmi beliau pada Khamis.

Memperlihatkan keadaan yang menyayat hati itu katanya, Kerajaan Madani akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menambahbaik dan memperbaiki segala kemudahan yang rosak itu.

Katanya, tindakan ini membolehkan para pelajar dapat menuntut ilmu dalam suasana yang selesa dan bermaruah.

“Insya-Allah, melalui kerjasama dengan pihak ICU, kita akan usahakan penambahbaikan agar mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih selesa dan bermaruah,” ujarnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat