PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini berjaya dalam rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini mengarahkan pembayaran tunggakan pencen berjumlah RM1.7 bilion kepada 531,976 pesara berdasarkan gaji terakhir mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016.
Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Lim Chong Fong, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, dalam permohonan semakan kehakiman difailkan oleh Aminah Ahmad, seorang pesara dari Kementerian Luar.
Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Azhahari berkata isu pelarasan pencen telah pun diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2022 berhubung saman pemula Aminah pada 2017.
Dengan keputusan hari ini, kerajaan tidak lagi diwajibkan membayar jumlah tersebut kepada pesara terbabit.
Aminah memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 12 Januari 2024 atas kapasiti sendiri dan bagi pihak 56 pesara perkhidmatan awam lain.
Baca juga:








