Oleh: Syahirah Harish
PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan RM13.7 juta untuk meningkatkan akses Wi-Fi di tiga universiti awam, iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Langkah itu diambil untuk menangani masalah liputan internet yang telah lama mengganggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, lebih daripada 2,000 titik akses Wi-Fi akan dipasang di ketiga-tiga universiti tersebut mulai Januari 2025.
Menurutnya, perbincangan telah dijalankan antara kementerian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan para naib canselor universiti-universiti awam pada 5 Disember lalu.
“Projek ini dijangka dapat mengatasi masalah liputan internet di luar bangunan, di dalam kampus dan di seluruh kawasan universiti,” katanya dalam sidang media hari ini.
Fahmi berkata, inisiatif itu akan dimulakan dengan tiga universiti tersebut dan akan diperluaskan ke universiti-universiti lain di masa hadapan.
Baca juga: