Kerajaan peruntukan RM50 juta bantu mangsa banjir di Kelantan

Sebanyak RM50 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, setiap ketua isi rumah (KIR) akan menerima bantuan sebanyak RM1,000.

“Bantuan akan disalurkan terus kepada mangsa terlibat. Ini merupakan peruntukan awal kepada penduduk yang terjejas.

“Peruntukan tambahan akan diberikan selepas kita mengenalpasti kerosakan dan kerugian yang disahkan oleh pegawai-pegawai bertugas,” katanya lapor Sinar Harian.

Sebelum itu, Anwar turut menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Lati.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat