Kerajaan Teliti Cadangan Peruntukan Tetap Bagi Pengurusan Banjir Negeri

PARLIMEN | Kerajaan kini sedang meneliti secara mendalam cadangan untuk mewujudkan peruntukan tetap tahunan bagi pengurusan banjir di setiap negeri, sebagai langkah memperkukuh kesiapsiagaan dan kecekapan pengurusan bencana.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat yang dikemukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, hari ini.

Menurut Chow, penelitian tersebut sedang dijalankan dari sudut dasar dan perundangan bagi memastikan cadangan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, antara cadangan yang sedang dikaji termasuklah mewujudkan sistem penyelenggaraan sungai dan aset banjir yang menyerupai Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia (MARRIS) bagi memastikan aset berkaitan banjir diselenggara secara sistematik dan berterusan.

Namun begitu, menurut Perlembagaan, hal ehwal air dan sungai adalah bidang kuasa Kerajaan Negeri, walaupun Kerajaan Persekutuan boleh memberikan bantuan dari segi kewangan dan teknikal.

Menjawab soalan tambahan berhubung tempoh masa dimuktamadkan, tiada jawapan jelas diberikan.

Sebaliknya, permohonan peruntukan tambahan telah pun dikemukakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

“Peruntukan sedia ada juga tidak menjejaskan projek pemuliharaan sungai bagi tempoh 2022 hingga 2025,” katanya.

Cadangan penyediaan peruntukan tetap tahunan ini dibangkitkan di Dewan Rakyat melalui soalan lisan.dengan pihak kementerian menegaskan keperluan untuk meneliti aspek dasar dan perundangan terlebih dahulu, memandangkan bidang kuasa berkaitan air dan sungai terletak di bawah Kerajaan Negeri.

Anda Mungkin Berminat