Kerajaan Umum Diskaun Tol Sempena Tahun Baharu Cina

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberikan diskaun tol sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina bagi meringankan kos perjalanan rakyat dan memudahkan mereka pulang ke kampung halaman.

Menurut Jurucakapa Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil langkah itu membolehkan rakyat merancang perjalanan dengan lebih baik dan mengurangkan kesesakan di lebuh raya.

“Diskaun tol ini bukan sahaja mengurangkan kos, malah membantu rakyat menentukan tarikh dan waktu perjalanan yang sesuai sepanjang musim perayaan,” katanya dalam kenyataan di sidang media mingguan pada Jumaat.

Beliau berkata butiran penuh berkaitan kadar diskaun dan kelas kenderaan akan diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam masa terdekat.

Fahmi turut menegaskan keselamatan rakyat dan tetamu negara tetap menjadi keutamaan kerajaan.

“Langkah tegas akan diambil untuk memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara,” ujarnya.

Kerajaan menasihatkan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan, memastikan kenderaan dalam keadaan selamat, dan merancang perjalanan awal bagi mengelakkan kesesakan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat