Kereta hilang kawalan sebelum terbabas di Kota Kinabalu

Sebuah kenderaan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu Jalan Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pada pukul 3.29 pagi Khamis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah memaklumkan seramai 9 orang anggota Bomba daripada BBP Kota Kinabalu telah digegaskan ke lokasi kejadian bersama 1 unit jentera FRT dan 1 unit kenderaan EMRS.

Menurut laporan Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Norejan Jamlin, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan jenis Vigo yang hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan.

“Terdapat seorang mangsa berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba sebelum diserahkan ke Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pihak kami melakukan siasatan terperinci bagi memastikan tiada keberbahayaan di lokasi terbabit sebelum operasi ditamatkan pada pukul 4.10 pagi tadi,” ujarnya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Mangsa dipercayai dihantar ke Hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Baca juga :

Anda Mungkin Berminat