Kereta hilang kawalan, terbalik di Jambatan Pulau Pinang

GEORGETOWN: Pada pagi Ahad, 2 Mac, sebuah kereta hilang kawalan dan terbalik di KM7.5 Jambatan Pulau Pinang.

Dilaporkan, kereta tersebut sedang bergerak dari pulau ke tanah besar apabila ia secara tiba-tiba melanggar pembahagi jalan sehingga merosakkan lebih daripada 10 panel pembahagi sebelum merempuh belakang bas kilang dan terbalik.

“Kejadian ini berlaku sekitar pukul 7.30 pagi dan menyebabkan kesesakan lalu lintas selama kira-kira dua jam.

“Sebuah kereta merempuh belakang bas kilang dan terbalik. Trafik sesak sangat teruk,” memetik laporan Penang Kini.

Pada masa yang sama, PLUS Malaysia Bhd melaporkan bahawa pada pukul 7.37 pagi, lorong kanan dan tengah jambatan yang menuju ke pulau telah terhalang akibat kemalangan itu sehingga menyebabkan lalu lintas menjadi perlahan.

Sehingga kini, tidak diketahui sama ada terdapat sebarang kecederaan yang dilaporkan daripada kejadian itu.

Anda Mungkin Berminat