Kerja baik pulih tren dari Stesen Kelana Jaya ke Taman Bahagia ‘secara manual’ akibat gangguan suis landasan yang dihadapi pada Khamis terima kecaman ramai pihak.
Rata-rata masyarakat meluahkan rasa kecewa mereka atas urusan baik pulih yang dijadualkan tanpa notis dan pemberitahuan lebih awal.
“Ye saya sudah dimaklumkan pihak Rapid sudah meminta maaf, namun adakah ianya mampu memulang semula masa yang telah dibazirkan begitu sahaja?.
“Adakah pihak mereka akan memberikan pampasan sekiranya ada diantara kami yang diberhentikan kerja akibat lambat ke tempat kerja?,” ujar pengguna heythisismira menerusi laman X.
Beliau turut menyatakan, ada diantara penumpang tren tersebut yang terpaksa mengambil cuti kecemasan atas perkara yang terjadi.

Terdahulu, pihak Rapid KL telah mengeluarkan permohonan maaf atas kejadian yang menimpa ramai pihak menerusi satu kenyataan rasmi di Facebooknya.
Kerja baik pulih gangguan sistem suis landasan dikhabarkan telah selesai dijalankan kira-kira pukul 11 pagi tadi dan perkhidmatan tren sudah mula beroperasi seperti biasa.
Baca juga :