Kerjasama BlackBerry dan Malaysia harap dapat tarik pelabur asing 

Organisasi yang menawarkan perkhidmatan dan perisian dalam membantu menyelesaikan keselamatan siber, BlackBerry berhasrat bekerjasama dengan Malaysia.

Jalinan tersebut secara tidak langsung diharapkan dapat membantu Malaysia dalam menjana ekonomi sekali gus berdaya saing dengan negara maju lain.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Perpaduan dalam menarik minat lebih ramai pelabur asing.

“Hal ini termasuk cadangan pembukaan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry pertama di Asia Pasifik. 

“Diharapkan kerjasama ini dapat membuka ruang dan peluang serta memudahkan untuk pelaburan berkualiti yang ingin dibawa pihak luar,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Anwar turut mengatakan keinginan untuk mengadakan kerjasama tersebut dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry Cybersecurity, John Gianmatteo bersama Pesuruhjaya Tinggi Kanada, Wayne Robson ketika kunjungan hormat ke Malaysia semalam. 

Anda Mungkin Berminat