Kerjasama Malaysia–India Diperluas Termasuk Semikonduktor, Pendidikan

KUALA LUMPUR: Usai sambutan rasmi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi selama hampir satu jam sebelum mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala yang berlangsung dalam suasana mesra, terbuka dan konstruktif.

Perbincangan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama strategik merangkumi pelbagai bidang utama termasuk tenaga, semikonduktor, pendigitalan, perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, agrikultur, tenaga kerja, pelancongan, kesalinghubungan serta pendidikan.

Turut dibincangkan ialah isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama kepada kedua-dua negara.

“Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh jalinan persahabatan antara Malaysia dan India, malah membuka lembaran baharu kerjasama yang lebih erat dan bermakna demi kesejahteraan serta kemakmuran rakyat kedua-dua negara,” kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook.

Anda Mungkin Berminat