Kes mayat ditanam di Jempol: Bapa direman 7 hari

JOHOR: Seorang lelaki direman tujuh hari selepas mayat anak lelakinya yang hilang ditemukan ditanam di kawasan semak di Rompin, Jempol.

Sebelum ini, suspek dikatakan pernah membuat laporan mengenai kehilangan anak tunggalnya di Ibu Pejabat Polis (IPD) Iskandar Puteri, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata. suspek mendakwa anaknya hilang sekitar jam 6 petang ketika ditinggalkan sebentar di dalam kereta untuk membeli makanan di kawasan Taman Bukit Indah.

“Suspek ditahan pada Khamis kira-kira jam 12.20 tengah hari di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu sehingga 31 Julai ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah” katanya dalam kenyataan hari ini, memetik berita tempatan.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dalam kenyataan berasingan berkata, penemuan mayat kanak-kanak itu adalah hasil maklumat dan siasatan susulan penahanan bapa mangsa.

“Mayat ditemukan kira-kira jam 6 petang dalam keadaan tertanam di kawasan semak di Rompin dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari sebelum itu,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat