Oleh: Liyana Marzuki
ULASAN | Ada yang menuduh katanya Kes Wan Ahmad Faris ini dan dibuat la ni untuk menutup kes Zara.
Hakikatnya, Kes Faris ni team peguam dan bekas Timbalan Pendakwa Raya handle sejak Januari 2025. Diminta oleh keluarga sendiri. Kami turun ke Kota Bharu tiga kali.
Sejak itu usaha membina kes, nak counter isu had masa. Kami kena menulis ke pelbagai pihak. Agar kausa baru dibuka.
Bulan 4 bila kami confident, kami sudah umum kami akan fail saman dalam masa 2-3 bulan.
Ini sebelum kes Zara bermula ya.
Setelah draf writ saman dan kertas kausa disedia, kena vet oleh semua peguam, 10 orang kesemuanya. Macam-macam idea dan pelbagai pindaan. Makan bulan.
Dan seperti yang dijanjikan kepada keluarga, kami fail kes secara online pada 29 Julai dan serahan pada awal Ogos.
Bertembung pula dengan kes Zara yang viral seluruh negara.
Kalau orang nak mengata saya, kata saya nak Justice for Faris seperti Justice for Zara, so be it.
Apa saja yang boleh kita bantu mangsa. Kalau saya mereka nak persenda. Go ahead. Saya terima.
Hanya Allah tahu kerja dan niat kita.
We will take the high road and move on jua.
Kisah keluarga Faris
12 tahun menanti, mereka tidak akan berhenti.
Makcik Ani dan Pakcik Man. Tahun ini 70 dan 80 tahun usia mereka. Ibu bapa Arwah Faris, anak sulung, satu-satunya anak lelaki.
Pertama kali saya jumpa mereka Februari lalu, di sebuah kampung terpencil di Pasir Mas. Dengar cerita dan lihat dokumen… saya terkedu.
Masa lihat mayat anaknya pertama kali, mereka dipaksa terima Faris bunuh diri. Naluri ibu menidakkan sekali.
Takkan lah! Dia baru saja hantar Faris ke sekolah hujung minggu sebelum itu, ceria belaka.
Di balai polis, Makcik Ani bawa Al-Quran. Suruh pegawai bersumpah, betul anaknya bunuh diri?
Polis hanya jawab:
“Jangan macam tu Cik Ani, saya hanya terima arahan.” Habis polis tu Makcik Ani sumpahkan.
Dengan doktor post mortem, katanya Faris mati tergantung.
Bila ditanya, “Takkan dengan kain pelikat?”
Doktor diam.
“Buatlah kerja betul-betul. Jangan fitnah anak saya.” tegas Makcik Ani.
Dia hanya menoleh. Tak kata apa.
Polis ketika cepat-cepat nak tutup kes.
Barang bukti dibuang di tong sampah- selipar, cermin mata Arwah.
Makcik Ani kutip sendiri. Berbulan kemudian baru polis cari balik.
2 minggu lepas kematian, tempat kejadian dirobohkan.
Dia terfikir — kalau anak aku betul2 dibunuh, macam mana dengan bukti? Sampai hati mereka buat anak ku begini”
Sejak 2013, sang ibu dah ayah bergolok-gadai. Naik turun pejabat kerajaan, pejabat YB. Hire peguam sendiri. Daftar kes ke Mahkamah Koroner lagi.
2016 — Mahkamah putuskan: Faris BUKAN bunuh diri, tetapi dibunuh oleh orang tak dikenali. Maka betul firasat ibu tadi.
Selepas itu, keputusan Koroner dipegang bertahun-tahun.
Sejak 2016 mereka tulis surat ke satu ke satu Perdana Menteri.
Januari tahun ini baru dapat keputusannya.
6 tahun had masa sudah terlepas jua.
************
Perjuangan ini dibantu saudara dekat mereka, Che Ibrahim Mohamed & Ali Hanafiah Mohamed.
Hujung Januari kes mula viral.
Ramai rakan follower tag saya dan gesa saya bantu.
Itulah mula trip pertama saya ke Pasir Mas, Februari lalu.
Sampailah kita failkan saman sivil ke atas PDRM dan Kerajaan Malaysia minggu lalu.
************
Hati saya dekat dengan Makcik Ani. Sebaya arwah mak mertua saya. Wajah mereka sama.
Ada rahsia Tuhan nakkan saya menolong dia. Saya tak tahu lagi apa dia.
Bila ada yang kata dia kurang berjuang, saya terasa. Saya saksi kuatnya semangat juang ibu ini. 12 tahun tanpa berhenti.
Cuma kes anaknya tak seviral mana. Takde take up dan political angle. Dah lama pula. Mungkin pikir jalan dah takde.
Tapi Makcik Ani tak putus asa. Seperti yang dia kata. Dia akan berjuang hingga hujung nyawa.
Setiap orang perjuangannya berbeza:
Ada yang melaung di media sosial. Ada yang ambil tindakan di Mahkamah.
Ada yang nasihat & buka jalan dalam diam. Ada yang menyumbang dana perang.
Setiap orang itu ada sahamnya. Kerana kita percaya keadilan tidak bergerak sebab seorang, selalunya ia hidup melalui gerakan massa dan waris yang tak kenal erti kecundang.
Mari kita rakyat Malaysia berdiri di belakang Makcik Ani. Kerana kita yakin Keadilan masih boleh tertegak di bumi Malaysia ini. Tambah-tambah untuk yang dizalimi.
***Penulis adalah penggerak mula untuk kes Wan Ahmad Faris dibuka semula. Beliau juga sentiasa mengemaskini media sosialnya dengan isu-isu semasa