Kesihatan PM Anwar dalam tahap memberangsangkan

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Tahap kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini amat memberangsangkan yang membolehkan beliau meneruskan semua tugasan rasmi seperti yang dijadualkan.

Menerusi satu kenyataan media di laman rasmi Facebook Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang, Pengarahnya, Dr Farique Rizal Abdul Hamid memaklumkan keputusan itu diperoleh setelah melaksanakan pemeriksaan kesihatan berkala yang dijalani Perdana Menteri di hospital itu pada Ahad.

“Pemeriksaan ini juga mencerminkan komitmen berterusan Perdana Menteri dalam memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara, demi menjamin keupayaan beliau memimpin negara dan menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan dan dedikasi,” katanya.

Pada perkembangan yang sama, Anwar Ibrahim dalam kenyataan di laman rasmi Facebook beliau pada Ahad, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan perubatan dan warga hospital itu yang telah banyak membantu beliau melaksanaan pemeriksaan itu.

“Alhamdulillah.

“Terima kasih kepada seluruh pasukan perubatan dan warga Hospital Sultan Idris Shah, Serdang,” ujar beliau.

Anda Mungkin Berminat