Oleh: Tyah Helmi
GENEVA: Ketegangan senjata antara Israel dan Iran kini memasuki minggu kedua apabila kedua-dua negara itu masih saling melancarkan serangan udara dan peluru berpandu.
Susulan tekanan itu, negara-negara Eropah sedang giat menjalankan usaha diplomatik bagi mengekang kemungkinan tercetusnya perang serantau yang lebih besar.
Difahamkan, Menteri Luar Britain, Perancis, Jerman bersama Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah dijadualkan sedang bertemu Menteri Luar Iran, Abbas Arraqchi di Geneva pada Jumaat.
“Sekarang adalah masa untuk menghentikan adegan tragik di Timur Tengah dan mengelakkan eskalasi yang hanya akan menguntungkan musuh keamanan sejagat,” kata Menteri Luar Britain, David Lammy menjelang rundingan tersebut.
Manakala, Amerika Syarikat (AS) pula masih belum menyatakan pendirian rasmi mengenain penglibatan ketenteraannya di perang konflik terbabit.
Namun, Presiden Trump berkata, keputusan berhubung hal itu akan dibuat oleh pihaknya dalam tempoh dua minggu akan datang.
Menurut Agensi Berita Aktivis Hak Asasi Manusia Iran, serangan Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 639 individu di Iran termasuk pegawai tertinggi ketenteraan serta saintis nuklear.
Pada masa yang sama, Israel melaporkan sekurang-kurangnya lebih 2,000 orang awam maut akibat serangan balas dari Iran.
Bagaimanapun, Portal berita antarabangsa, Reuters menyatakan angka kematian ini masih belum dapat disahkan secara terperinci.
Negara haram Israel turut dikatakan sedang giat menyasarkan serangannya ke pusat kemudahan nuklear dan peluru berpandu Iran.
Bukan sekadar menyerang infrastruktur Iran, rejim zionis turut didakwa sedang berusaha untuk menggugat struktur pemerintahan tertinggi Iran yang diterajui oleh Ayatollah Ali Khamenei.
“Kami tidak menyasarkan kejatuhan rejim secara langsung.
“Namun, jika itu hasilnya, terpulang kepada rakyat Iran untuk bangkit menuntut kebebasan mereka,” kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Khamis.
Baca juga: