PULAU PINANG: Mahkamah Sesyen Butterworth pada Selasa mendakwa Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) atas pertuduhan penyelewengan dana berjumlah RM900,000.
Menerusi kenyataan media oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu, tertuduh yang dikenali sebagai Datuk Hasni Hassan, 57, yang juga Pengerusi Lembaga Juru ukur Tanah (LJT) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Berdasarkan kertas pertuduhan, beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi LJT untuk memperoleh suapan berupa dana LJT berjumlah RM81,244.03 bagi kepentingan sendiri, dengan mengambil bahagian dalam mesyuarat lembaga yang membincangkan penyertaannya ke sebuah program di Sepanyol pada 22 hingga 25 April 2025.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM70,000 dengan seorang penjamin serta perlu menyerahkan pasport kepadamenyerahkan pasport kepada mahkamah.
Bagi pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurnajihatul Idayu Mohd Azuyar, manakala tertuduh diwakili peguam Hari Prasad dari Tetuan Hafarızam Wan dan Aisha Mubarak.
Mahkamah kemudian menetapkan 4 Jun 2026 untuk tarikh sebutan semula kes dan akan dibicarakan bersama dua pertuduhan terdahulu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Baca juga:








