KFA anjur Liga Sepak Penalti Legenda Kedah 2024

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengadakan Liga Sepak Penalti Piala Legenda Kedah 2024 sempena meraikan ulang tahun ke-100 penubuhan kelab bola sepak itu.

Acara tersebut bakal berlangsung di Stadium Mini Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) Jitra, Kedah pada 9 Mac depan bermula pukul 8 pagi.

Pertandingan liga sepak itu dibuka kepada semua peringkat umur serta setiap pasukan yang mahu bertanding perlu membuat yuran pendaftaran bernilai RM200 bagi setiap pasukan.

Selain itu, format pertandingan adalah mengikut liga dan kalah singkir manakala, setiap pasukan yang masuk akan diberikan jersi secara percuma.

Lebih menariknya, Johan pasukan akan mendapat wang berjumlah RM14,000, Naib Johan mendapat RM4,100, manakala bagi tempat ketiga RM2,500 serta RM1,500 bagi tempat keempat.

Seterusnya, wang bernilai RM500 dan RM100 sebagai saguhati tempat kelima hingga tempat ke 16.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/02/19/kdn-kaji-tempoh-sah-laku-passport-kepada-10-tahun/

Anda Mungkin Berminat