Khairuddin ditamatkan jawatan KP J-Kom

PETALING JAYA: Jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang disandang Dr. Mohd. Khairuddin Othman ditamatkan setelah berkhidmat selama enam bulan.

Memetik Utusan Malaysia, Mohd. Khairuddin yang juga Setiausaha PKR Selangor mengesahkan perkara itu hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu alasan ditamatkan daripada jawatan berkenaan.

“Betul. Sudah ditamatkan. Saya bukan KP (Ketua Pengarah) lagi.

“Sebaiknya kalau dapat bertanya pada menteri,” katanya hari ini.

Terdahulu, Mohd. Khairuddin dilantik sebagai Ketua Pengarah J-KOM pada 1 Mac lalu menggantikan Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff yang meletak jawatan pada November tahun lalu.

Katanya, keputusan berkenaan dilakukan berikutan beliau menerima tawaran pekerjaan baharu dan bukan disebabkan tekanan oleh mana-mana pihak.

Mohammad Agus mengundang kontroversi selepas tular satu rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki yang dipanggil ‘Wahab’ dengan seseorang mirip Mohammad Agus dan tersebar di media sosial.

Anda Mungkin Berminat