Kid pamer alunan ‘magis’ di Konsert Cipta 2 M.Nasir

Oleh: Kamilia Ali

PENAMPILAN istimewa pemain gitar terkenal, Kid yang mempamerkan skill bermain gitar dengan alunan ‘magis’ di Konsert Cipta 2 M.Nasir memeriahkan lagi suasana konsert yang berlangsung pada malam Sabtu lalu.

Kid atau nama sebenar, Hamzah Mohd Taib yang menjadi artis jemputan istimewa itu tampil di atas pentas dengan gitar miliknya.

Kemunculannya sama sekali tidak dijangka, apabila tiba masanya dia terus menunjukkan skill ‘gorengan’ gitarnya yang begitu memukau sehingga penonton yang hadir pada malam itu bersorak dengan kuat.

Dalam pada itu, walaupun usia sudah mencecah 57 tahun, namun beliau masih mampu membuat persembahan yang begitu hebat serta berdiri bersama legenda muzik terkenal, Datuk M.Nasir.

Seterusnya, gabungan itu berjaya menarik hati peminat yang hadir untuk turut menyanyi bersama lagu-lagu malar segar kumpulan Search dan Kris yang ibarat tak lekang dek zaman seperti Fantasia Bulan Madu, Isabella dan Tiara.

Hanya dengan tiga buah lagu, Kid berjaya ‘membeli’ jiwa penonton dengan kepakarannya bermain gitar sekali gus membuatkan penonton dibuai mimpi dan mengimbau nostalgia.

Kemunculan Kid cukup memberikan impak besar kepada konsert tersebut sekali gus menyuntik kelainan baharu dalam konsert kedua anjuran Icon Entertainment itu.

Untuk rekod, Kid mendapat gelaran sebagai King of Tremolo kerana alunan dan permainan beliau yg begitu mengasyikan dengan kemahiran bermain tremolo.

Kehadiran beliau dalam Search, telah mencetuskan fenomena baharu apabila lagu malar segar mereka, Isabella mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lagu tersebut berjaya menembusi pasaran muzik di Indonesia.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat