Satu kejadian kebakaran telah berlaku di sebuah kilang kayu berberhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Batu 2, Gerik, Perak pada Isnin.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.44 pagi.
Komander Operasi, PBK I Damanhuri Abd Karim melaporkan, kebakaran berlaku melibatkan longgokan kayu di dalam kawasan kilang tersebut yang terbuka. Walaubagaimana pun, kebakaran itu tidak melibatkan mangsa.
“Pasukan bomba yang bertindak menjalankan operasi pemadaman dan kebakaran dapat di kawal pada pukul 7.19 pagi dan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Anggota Bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Gerik terus bergegas ke lokasi kejadian.
Dalam pada itu, seramai 12 anggota bomba bertugas bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan kenderaan RRV.
Baca juga: