Kilang pembekal stoking kalimah Allah tutup operasi

Kilang yang terlibatdengan penghasilan stoking yang tertera kalimah Allah di atasnya menggantungkan kain rentang dengan kenyataan permohonan maaf dan memaklumkan penutupan operasi bermula Rabu.

Selain membuat permohonan maaf, difahamkan pengurusan kilang berkenaan berbuat demikian kerana ingin mengekang keresahan dan kemarahan dalam kalangan masyarakat.

“Kami dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian itu hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat,” tulisnya di kain rentang terbabit.

Penutupan kilang di kawasan perindustrian Sri Gading itu dilakukan sehari selepas pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan terhadap kebimbangan mengenai kebocoran data peribadi pegawai di syarikatnya serta ancaman mahu membakar premis itu.

Bagaimanapun, notis penutupan itu dimaklumkan menerusi memo yang ditampal di pintu utama tanpa memberitahu bila tarikh pengoperasian semula syarikat itu akan disambung.

Susulan itu, penutupan itu dipercayai untuk meredakan keadaan serta keselamatan pekerjanya selepas menerima tekanan dan desakan supaya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Satu kain rentang digantung pagar utama kilang yang tertera permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas kejadian berkaitan stoking memaparkan tulisan Allah yang ditemukan di kedai serbaneka KK Super Mart di Bandar Sunway, Selangor.

Terdahulu, anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat melakukan serbuan dan pemeriksaan sebelum menemui lima pasang stoking tertera tulisan Allah.

Difahamkan, kelima-lima stoking itu adalah yang dipulangkan tiga kedai serbaneka KK Super Mart ketika mula-mula tercetus kontroversi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat