Kim Pan Gon bakal letak jawatan?

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melaporkan bakal melakukan satu sidang media khas pada pukul 2 petang, Selasa berkaitan rombakan dalaman.

Sidang media yang dijadualkan di Wisma FAM, Kelana Jaya itu mencetuskan pelbagai spekulasi dan tanda tanya.

Ramai yang berteka teki dan menyatakan sidang media tersebut mempunyai kaitan dengan desas desus berkaitan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon itu selama ini yang dilaporkan bakal meletakkan jawatan selepas kekalahan Harimau Malaya di Piala Asia.

Namun, setakat ini, tiada maklumat lanjut berkenaan sidang media yang bakal diadakan selain ianya dipercayai melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya.

Dalam masa yang sama, media Korea Selatan, Korea Football News menerusi akaun X mereka mendakwa, Ketua Jurulatih itu bakal meletakkan jawatan dan meninggalkan Harimau Malaya dalam sidang media hari ini.

Untuk info, Pan gon yang telah membimbing pasukan kebangsaan Malaysia sejak tahun 2022 telah mencipta pelbagai rekod dan sejarah bersama skuad negara termasuk beraksi di pentas Piala Asia 2023 dan kelayakan Piala Dunia 2026.

Berita lanjut menyusul

Baca Juga:

Anda Mungkin Berminat