Kim Pan Gon letak jawatan atas sebab peribadi

Ketua Jurulatih Negara, Kim Pan Gon mengumumkan peletakan jawatannya selaku jurulatih buat skuad Harimau Malaya dalam sesi sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya pada petang Selasa.

Menurut Pan Gon, keputusan itu dibuat atas faktor peribadinya yang memaksa beliau untuk meletakkan jawatan dan mengakhiri kontraknya lebih awal.

“Hari ini saya mempunyai mesej sedih dan saya ingin memohon maaf atas perkara yang hendak saya kongsikan dengan semua orang.

“Hari ini, saya telah memutuskan untuk berundur sebagai ketua jurulatih Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia kerana komitmen peribadi saya.

“Saya memohon maaf atas sebarang kekecewaan yang mungkin ditimbulkan oleh semua orang.

“Teruskan sokongan kepada skuad Harimau Malaya,” ujarnya.

Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi menyatakan Pau Marti dilantik selaku jurulatih interim dan dibantu E. Elavarasan termasuk jurulatih lain yang masih kekal bersama skuad negara untuk Pestabola Merdeka.

Berdasarkan kontrak, Kim Pan Gon selaku Ketua Jurulatih Harimau Malaya dijadualkan mengemudi pasukan negara sehingga Disember 2025.

Jurulatih dari Korea Selatan itu telah membimbing skuad negara dalam mengharungi empat aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Mac dan Jun lalu selain mencipta sejarah dengan beraksi di pentas Piala Asia 2023.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat