Kipas mini bantu redakan bahang panas warga KL

Oleh: Nadhirah Akmam

CUACA panas yang melanda ibu kota sejak beberapa minggu lalu memaksa penduduk mengambil langkah sendiri untuk menyesuaikan diri dan menjaga kesihatan.

Nur Fatin Najihah Mohamad, seorang pekerja swasta, mengakui terpaksa membeli kipas mini untuk digunakan semasa menunggu pengangkutan awam ke tempat kerja.

“KL memang panas sekarang. Saya guna kipas mini untuk sejukkan badan semasa tunggu bas atau tren,” katanya ketika dihubungi Malaysia Bangkit pada Khamis.

Selain itu, Fatin turut membawa bekalan minuman sendiri bagi memastikan badan kekal terhidrasi ketika berada di luar rumah.

Katanya, membawa botol minuman sendiri sepatutnya menjadi amalan semua orang terutamanya ketika cuaca panas melampau.

“Kalau tak cukup air dalam badan, mudah kena dehidrasi, jadi saya galakkan semua orang bawa air sendiri bila keluar,” ujarnya.

Suhu di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang boleh mencecah 36 darjah Celsius sejak awal bulan Julai dan dijangka berterusan sehingga akhir bulan ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca panas dan kurang hujan boleh berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat