Kisah Wan Ahmad Faris, Kerajaan Kelantan masih main wayang

Oleh: Liyana Marzuki

ULASAN | Seminggu dah tulis pasal Zara Qairina, Wan Ahmad Faris jangan kita lupa. Faris ‘was not as lucky as’ Zara.

Masa mula-mula kesnya terjadi, walau punya fakta yang ‘scandalous’ sekali. Dia tiada pejuang politik, pejuang aktivis yang membantu. Kes bunuh dia cepat-cepat ditutup sebegitu.

“Pelajar tahfiz ditemui mati tergantung di sebuah Maahad di Kok Lanas” selepas itu difitnah lagi bunuh diri.

Patutnya sudah boleh menggerakkan solidariti seluruh Kelantan. Tapi ini tidak terjadi.

Mangsa dan ibu bapa nya dibiarkan mencari keadilan seorang diri. Ahli Parlimen mereka sanggup merentas Laut Cina Selatan mencari keadilan untuk seorang Adik di Sabah. Tapi untuk Faris, dari dulu beliau buat tak endah.

Ketika saya bersetuju bantu kes ini bersama rakan-rakan. Banyak ‘points vivid’ yang boleh ditunggang. Untuk bangkitkan emosi dan buat persepsi. Tetapi kami tahu batas kami.

Walaupun ‘cover up obvious’. Sekolah dan YIK (Yayasan Islam Kelantan) jelas cuai dalam menjaga kebajikan mangsa. Arwah difitnah dirasuk jin juga.

Yelah, mencari pembunuh satu hal. Mereka yang lindungi jenayah, siap fitnah mangsa. Musnahkan ‘crime scene’ juga. Perlu ambil tanggungjawab ya.

Walaupun begitu, takdelah pulak kami main sentimen kebencian. Suruh pemimpin politik letak jawatan. Atau buat persepsi VVIP Kelantan terlibat.

Walau ada butiran yang sangat menjengkelkan, saya marah pada mereka ni tahap ‘gaban’. Saya tahu, menjaga aib Faris lagi mustahak. Biar semuanya terbuka di Mahkamah.

Tapi ini halangannya sekarang. Pemimpin politik masih main wayang.

Memorandum keluarga minta Menteri Besar agar diberi laluan untuk saman YIK dan Sekolah di Mahkamah. Ini tidak dijawab. Dia pusing tanggungjawab ke Kerajaan Pusat.

Kerajaan Pusat sudah buka kes kembali. Sanggup berjumpa kami walau pun kami menyaman PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Menteri. AG (Peguam Negara) dah beri janji.

Tapi di peringkat Negeri berpusing-pusing lagi.

Dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) nampak ikhlas dah nak membantu Faris. Tapi sampai sekarang macam ‘lip service’. Ibu bapa menanti. Tiada siapa yang kunjungi.

Kalau tiada sambutan. Maknanya kami kena pergi ke autoriti lebih tinggi. Dan bawa Kuasa Rakyat bersolidariti.

Insha-Allah hingga keadilan tertegak, kami tidak akan berhenti.

Doakan untuk Faris rakan-rakan. Jangan ‘give up’ dengannya. 12 tahun menunggu di alam sana.

Moga para Penguasa terbuka hati membantu menegakkan keadilan. Buat seorang Hufaz & pengawas, penghafaz Al-Quran.

***Penulis ialah aktivis dan aktif menulis di media sosial

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat