KKM: Ada ‘scammer’ menyamar Pegawai Penguatkuasa Farmasi

Oleh: Shafira Aziz

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan panggilan telefon berunsur penipuan (scam) yang menyamar sebagai kakitangan mereka.

Menerusi kenyataan tersebut, KKM berkata ada aduan pemanggil menyamar sebagai Pegawai Penguatkuasa Farmasi KKM.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak terpedaya dengan panggilan telefon berunsur scam sedemikian,” kata kenyataan tersebut pada Selasa.

Dalam pada itu, KKM turut menyeru orang ramai yang menerima panggilan telefon mencurigakan untuk kekal tenang dan tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi.

Mereka turut disaran untuk memutuskan panggilan dengan segera dan membuat laporan polis mengenai panggilan tersebut.

Anda Mungkin Berminat