KKM sambut baik tawaran kerjasama dengan Switzerland, kongsi model pembiayaan kesihatan

Kerajaan Negeri Basel, Switzerland mengalu-alukan kerjasama antara kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana negeri berkenaan adalah pangkalan kepada beberapa gergasi farmeseutikal antarabangsa.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika membuat kunjungan hormat ke negeri berkenaan pada Khamis.

Mewakili Malaysia, Dzulkefly menyambut baik pelawaan berkenaan untuk meneruskan perkongsian terutamanya daripada segi model pembiayaan kesihatan yang dipraktikkan di Switzerland.

“Saya di KKM juga mengalu-alukan kedatangan syarikat-syarikat Basel ke Malaysia khususnya dalam bidang penyelidikan klinikal melalui Clinical Research Malaysia lain-lain atau bidang yang melibatkan teknologi canggih,” katanya dalam kenyataan.

Ia termasuk Syarikat seperti Roche, Novartis, BeiGene dan banyak lagi yang bukan sekadar menghasilkan ubat generasi baharu yang penting untuk penyakit kritikal seperti kanser, diabetes dan penyakit genetik.

“Aplikasi teknologi mereka terutamanya dalam sains data juga penting dalam usaha transformasi kesihatan, contohnya perubatan jitu dan transisi daripada pengurusan kesihatan individu kepada pengurusan kesihatan populasi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dzulkefly turut mengalu-alukan pelaburan baharu atau pengembangan pelaburan sedia ada, terutamanya dalam bidang teknologi.

Beliau menekankan bahawa hal tersebut penting untuk meningkatkan peluang pekerjaan bernilai tinggi, menjana inovasi, serta memperkaya bidang kesihatan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat