KKR Tegas Tangani Isu Integriti, Seorang Didakwa Di Mahkamah

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) mengambil langkah pantas susulan pertuduhan terhadap seorang penjawat awam yang kini berkhidmat di kementerian tersebut, membuktikan pendirian tegas terhadap integriti dan kelakuan profesional dalam sektor awam.

Individu berkenaan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 25 Julai 2025 mengikut Kanun Keseksaan.

Dalam satu kenyataan, KKR menjelaskan bahawa Lembaga Tatatertib kementerian akan segera bersidang bagi memastikan prosiding perundangan berlangsung secara telus dan selaras dengan peraturan sedia ada.

“KKR tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan tatakelakuan yang boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam dan organisasi,” katanya.

Sebagai langkah pencegahan, KKR turut memperkukuh program kesedaran, pendidikan dan intervensi dalaman untuk mewujudkan suasana kerja yang selamat, profesional dan bebas daripada gangguan tidak wajar.

Kementerian itu turut menekankan komitmen terhadap budaya kerja yang kondusif serta berintegriti tinggi.

Bagi menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan, KKR mengambil pendirian untuk tidak mengulas lanjut berkenaan kes ini sehingga keputusan perundangan dimuktamadkan.

Maklumat lanjut boleh didapati daripada Unit Komunikasi Korporat KKR di talian 03 8000 8000.

Anda Mungkin Berminat