Oleh Nadhirah Akmam
PETALING JAYA: Bukan sekadar komen jelik di media sosial, namun apa sahaja perbuatan yang mendorong kepada kebencian terhadap mana-mana individu terutamnya institusi diraja seharusnya dibendung, kata Naib Presiden 2, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Aidil Khalid.
Beliau merujuk kepada seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang akan digunakan bagi mendakwa rakyat yang membuat hantaran bersifat “jelik dengan niat menyakitkan hati”.
“Takrifan ‘jelik’ atau ‘menyakitkan hati’ dilihat terlalu umum dan samar, hingga berpotensi mencakupi pelbagai bentuk ekspresi.
“Situasi ini sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa sebarang komen yang tidak disenangi pihak tertentu boleh dijadikan asas untuk tindakan undang-undang.” katanya ketika dihubungi Malaysia Bangkit hari ini.
Menurut beliau, sudah tiba masanya Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dipinda atau dimansuhkan, terutamanya pada bahagian yang mempunyai takrifan terlalu luas seperti apa-apa komen yang dianggap “jelik” atau “menyakitkan hati”.
Jelasnya, tanpa Seksyen 233 sekalipun, negara sudah memiliki peruntukan undang-undang yang mencukupi bagi memelihara kebesaran serta kemuliaan institusi Raja-Raja.
Hari ini seorang suri rumah, Suhaila Abd Halim, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan kerana menghantar komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fadhli Ab Wahab bersama Pegawai Pendakwa MCMC Mohamad Azmir Mohd Razali.
Baca juga: