Penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) satu hal yang membimbangkan sekali gus dikhuatiri menghancurkan masa depan negara.
Perbuatan itu bukan sahaja melibatkan pengambilan dadah, tetapi turut menjadikan golongan belia sebagai pengedar bahan terlarang jenis sintetik terutama dalam kalangan pelajar.
Setiausaha Kehormat Persatuan Mencegah Dadah (PEMADAM) Selangor, Mohd Farhan Ahmad Kamal pelajar merupakan golongan yang mudah terdedah kepada penggunaan dadah sintetik.
“Tokan dadah sudah mula merekrut para pelajar untuk mengedar dadah kerana kebanyakan daripada mereka mengambil dadah jenis sintetik yang lebih murah berbanding dadah komersial,” katanya ketika ditemu bual Kongsi Kisah.
Berdasarkan laporan kajian, sebanyak 69.8 peratus kes penyalahgunaan dadah dalam negara melibatkan jenis sintetik. Pecahan sebanyak 66 peratus daripada kes dadah sintetik melibatkan golongan muda.

Antara contoh terkenal dadah sintetik termasuk amphetamine (pil kuda dan pil yaba), methamphetamine (syabu, ice dan batu) dan ekstasi.
Dalam pada itu, Mohd Farhan turut menyatakan tokan dadah turut menggunakan media sosial untuk mengiklankan penjualan mereka, terutamanya penjualan perisa untuk rokok elektronik.
“Dadah sintetik ini turut didapati dalam perisa rokok elektronik (mushroom) yang dikomersialkan secara terbuka di media sosial,” ujarnya.
Kenyataan berikut disokong oleh Pengerusi Biro Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA) PEMADAM Selangor merangkap Timbalan Pengerusi PEMADAM Daerah Klang, Mohamad Redzuan Daman Huri yang mengatakan tarikan terhadap perokok tradisonal semakin berkurang berbanding rokok elektronik.
“Data merekodkan perokok dalam golongan muda sudah berkurang, namun ini adalah kerana mereka menggunakan rokok elektronik yang mengandungi mushroom di dalam kandungannya,” katanya.
Baca juga: