Seorang kanak-kanak dikatakan mengalami kesukaran untuk tidur setelah berdepan dengan pengalaman seram ketika sedang menonton televisyen.
Berdasarkan satu rakaman yang tular dan dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok bernama Fandy Ohana menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dengan nama panggilan sebagai Yayan dikatakan berdepan dengan gangguan makhluk halus.
Kanak-kanak itu turut dirakam sedang baring di lantai sambil menonton televisyen sebelum bergegas melarikan diri daripada lokasi terbabit.
Video tersebut dipercayai dirakam menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) di di ruang tamu kediaman mereka sendiri.
Insiden itu secara tidak langsung mewujudkan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial apabila masing-masing saling mempersoalkan tentang ‘syaitan diikat di bulan Ramadan’, selain berkongsi pengalaman seram masing-masing.
“Masalahnya semasa saya kecil dulu, saya nampak pocong melompat dekat pokok pisang, saya pun lari tengok balik pocong dah naik motor dengan kawan,” kata EyhaLeha.
“Saya pernah nampak pocong tengah lompat kat kebun pisang masa tu bulan puasa ingat bulan puasa ni tak ada benda macam tu sekali nampak nahhhhh mengulupor laju pecut bawak motor,” kata semjemuanz.
“Seram! Aku waktu kecil, waktu ramadan la baru berani nak dalam gelap sebab yakin tak akan kena kacau,” kata DAA.
Rata-rata warga maya berkongsi pengalaman mereka pernah menerima gangguan dipercayai oleh makhluk halus ketika di Ramadan.
Sebelum ini, pengamal perubatan kerohanian, Hazim yang mengusahakan pusat Terapi Al Hazim di Melaka, menyuarakan pandangan berdasarkan pendapat ulama, bahawa bukan semua syaitan dirantai dirantai pada bulan puasa.
Selain itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam terbitan Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadan siri ke-128 juga memaklumkan, gangguan makhluk halus masih boleh terjadi di dalam bulan Ramadan.
Baca juga: