Oleh: Tyah Helmi
DEBARAN kian terasa apabila malam ini berlangsungnya Fenomena Panggung Puting Beliung Tenxi bertempat di arena Zepp, Kuala Lumpur.
Berdasarkan pengumuman di laman rasmi Instagram Icon Entertainment, proses penebusan gelang tangan atau ‘wristband redemption’ telah bermula pada pukul 4.30 petang tadi, manakala pintu masuk lokasi konsert dibuka kepada penonton bermula pukul 6 petang.
Konsert yang berlangsung pada dua hari iaitu 10 hingga 11 Januari tahun ini, dijangka menyajikan malam penuh energi, emosi dan kenangan luar biasa buat para peminat yang digelar Tenxiholic.
Penganjur turut mengingatkan para penonton supaya merancang perjalanan lebih awal, menyemak panduan, peta serta maklumat lokasi yang telah disediakan bagi memastikan pengalaman kehadiran yang lebih lancar dan selesa.
Dalam masa sama, penonton disaran hadir lebih awal bagi mengelakkan kesesakan dan menikmati sepenuhnya pengalaman konsert yang dijangka menggegarkan malam ini.
“Pandu cermat, jiwa selamat. Kami tidak sabar untuk menyambut kehadiran anda dan mencipta momen luar biasa bersama di Konsert Puting Beliung,” kata penganjur.
Konsert tersebut dijangka menjadi antara acara hiburan paling dinanti peminat muzik tempatan pada awal tahun ini.
Baca juga:








