KPKM: Kandang wagyu pertama Kelantan dilancar, sasar kurang import daging premium

KOTA BHARU: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini merasmikan kandang ternakan wagyu pertama di negeri ini.

Inisiatif itu diusahakan Kelfarm Sdn. Bhd. bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kerajaan Negeri Kelantan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan(KPKM).

Mohamad berkata, usaha itu dilihat mampu mengurangkan kebergantungan kepada import daging premium selain memperkukuh bekalan makanan negara.

“Dengan penggunaan teknologi moden serta pengurusan yang baik, penternakan wagyu tempatan mampu berkembang dan menjadi model rujukan industri daging premium negara,” katanya.

Menurutnya, projek berimpak tinggi ini bukan sahaja menjamin keterjaminan makanan, malah membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.

“Kerajaan melalui KPKM akan terus menyokong inisiatif sebegini agar Malaysia dapat berdiri sama tinggi sebagai pengeluar makanan berkualiti di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.

Majlis turut menyaksikan simbolik pelancaran projek oleh Mohamad bersama pengurusan Kelfarm Sdn. Bhd.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat